Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1433 Hijriah. Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Hijrah pada semua sahabat² muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari² yang mendatang..amin...
