Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
At last..hari ni anak2 telah dibenarkan pulang ke rumah masing2..dapat la balik kampung malam ni..Minggu yang paling penat dirasakan..report melambak kene buat..takpe-takpe..dugaan je semua ni..
Servis centre kereta pun dah sibuk called..bila mau gi servis?? kereta minggu pertama guna dah kene cium avanza..hahahah..nasib baik kemik ckit aje..tp setengah jam jugak la dengar ceramah free dari mak..huhuhu..
Dalam tidak sedar, izzah jadi semakin seronok di sini..alhamdulillah, kumpulan berzanji dan marhaban dapat naib johan di (MTAQ) majlis tilawah al-quran daerah..terlalu terharu dan terkejut dengan pemberian Allah..ini kali pertama sekolah hantar penyertaan berzanji dan marhaban..sejujurnya usaha mereka yang ikhlas tu telah membuahkan hasil..Alhamdulillah..kami kalah kepada SBPI (sekolah berasrama penuh integrasi) coz kami tak baca rawi walamma tammamin..kami dimaklumkan syarat untuk baca 2 rawi (aljannatu & walamma tammamin) 2 hari sebelum pertandingan..mungkin setakat itu rezeki kami..alhamdulillah kemenangan ini sudah cukup untuk memberi sinar kebahagiaan kepada warga sekolah.
![]() |
| kumpulan berzanji & marhaban bersama en zain,jurulatih nasyid (pinjam tuk bergambar) |
Sejujurnya Izzah rasa sangat rendah diri, terlalu banyak yang Izzah belajar di sini..terlalu banyak kekhilafan pernah Izzah lakukan sepanjang hidup ini..masih sempatkah Izzah memperbaiki diri?? Masih sempatkah diri ini menjengah ke alam penuh ketenangan??
Ya Allah ku pohon kepadamu..berikan ku petunjuk dan hidayah-Mu..berikan ku kesempatan memperbaiki kelemahan diriku..kurniakan ku secebis kasih-Mu..sesunggahnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..Amin..
