"Baru balik dari Brunei, dah nak merantau lagi" leter nenek sebelah rumah..tu pun sebab keputusan kt mane izzah bakal mcurah bakti telah diketahui..Negeri Sembilan..dalam sektor pendidikan Islam, yang bermaksud izzah akan mengajar di salah sebuah sekolah menengah agama di Negeri Sembilan ni..tak pernah terlintas akan ke N9 coz mase isi borang minta Johor & Selangor..pilih Johor dan Selangor sebab keluarga tertumpu di dua negeri ini..lebih-lebih lagi ayah di Selangor, ibu di Johor..
Mungkin Allah mahu izzah mencurahkan kasih sayang yang sama rata terhadap kedua-duanya sementara hayat mereka masih ada.. Tiada di kalangan keluarga kami yang tinggal di N9..ini bermakna izzah kenalah berdikari macam selalu..lapor diri 7hb (isnin)..mak dah menegaskan dia takkan hantar sebab dia kena urus perniagaan dia tu..sebelah ayah pula, ayah ada check up untuk tumor yang dihidapinya..takpe laa..bukan tak biasa pun..terharu bila my ex-bf's family sangat bersemangat nak hantar taklimat, nak carikan rumah segala..sangat baik terhadap diriku walaupun mereka sedar jodoh ku dan anak mereka tidak panjang..tapi tak sedap la kan, kite nyusahkan orang yang takde kene mengena dengan kita..hmmm..tengok la macam mana nanti..harap2 tidaklah zah blurrr cam slalu..hehehe..
Refresh 24hb Januari 2011, zah diberitahu oleh "Abang Long@Mazlan"..zah dapat N9..hari yang sama kucing kesayangan zah, "mama dik" selamat melahirkan 4 ekor anak yang comel2..2 ekor daripadanya seperti biasa berjari banyak (tak macam kucing normal,ade 4 jari je) rase cam nak bawak skali gi N9..tapi diri ini belum pasti nak tinggal mana, takut tak terbela pula anak2 kucing baru ni..cadangnya, mungkin akan bawak "himawari" je ke N9..sebab die dah besar ckit berbanding adik2nye..
Hmmm...semuanya masih samar2, belum pasti arah tuju ku..harap2 dipermudahkan segala urusan..zah tak sabar dah nak keje..nak balas jasa2 mereka yang banyak berjasa kepadaku..
sekian..wassalam..