Semoga Allah memberkahimu ketika senang dan susah & sentiasa mengumpulkan kamu dlm kebaikan. Amin..
27 Jamadilawal 1432, Izzah telah selamat disunting menjadi tunangan seorang hamba Allah..bernama Hazril..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
20 Jamadilawal 1432, Izzah terima panggilan dari ibu di kampung.."Ahad depan zah tunang ye..hantaran semua dah settle"..terkejut sekejap..nk tunang??? angin takde..ribut takde..tetiba ibu bagitahu sesuatu yang Izzah tak pernah sangka secepat ini..gaji pun belum keluar lagi ni..
sehingga hari jumaat sebelum bertolak pulang ke kampung, Izzah masih termanggu-manggu..tak pasti nak balik kampung ke tidak..persiapan pertunangan yang diatur dalam masa seminggu tu sempat ke nak siap?
Tp bile dah sampai rumah..tgk khemah dah pasang, baju dah ada, hantaran dah susun atas katil..bersyukur yang tak terhingga..Allah mempermudahkan segala urusan..dan memberi limpahan rezeki..kerana majlis pertunangan Izzah ditaja semuanya, dari hantaran, baju, cenderahati tetamu, makanan, khemah..semuanya..hanya Allah mampu membalas jasa mereka.
Semoga jodoh ini berkekalan dan diredhai oleh-Nya..♥♥