Wednesday, November 17, 2010

SeLaMat HaRi RaYa AiDiLaDHa

kaum adam solat zohor selepas makan..

Raye kat Brunei, situasi raya di sini hampir sama macam kite raye kat luar negara lain..berkumpul sesama rakyat Malaysia dan sama-sama menyambut hari raya qurban, bergotong-royong memasak,makan,mengemas dan sebagainya. Di masjid, kita boleh tengok banyak binatang-binatang ternakan yang disembelih untuk qurban sama la macam Malaysia kan? bezanya di sini, daging-dagiang tersebut disimpan terus ke dalam peti ais besar dan terus diterbangkan ke negara-negara Islam yang miskin seperti Kemboja, Iraq dan sebagainya. Kat Malaysia pun ade jugak tapi tak banyak.

Seorang rakan makcik ku sempat bertanya dengan seorang ustaz yang mengajar tafsir al-quran (di kalangan rakyat Malaysia, berkumpul setiap sabtu malam ahad, bergilir-gilir rumah) "macammana nak dapat afdalnya qurban tu?" ustaz tu jawab: "Berikan kepada yang betul-betul memerlukan seperti orang miskin"..Beliau juga menerangkan pahala kita memberi daging kepada jiran-jiran yang berkemampuan, pahalanya akan lebih kepada hadiah" wallahualam..

wife2 yang bz bungkus makanan nk bwk blik rmh
Lepas makan ketupat, laksa segala..sorang makcik hulur 2 kotak aiskrim: "can you help me distributes these". saye angguk je la..hehehe..scope aiskrim letak kat cone then bagi kat anak-anak yang ada kat situ..everyone spoke english to me.."me first" "queue2" "me after damia" "first come first serve" "i've waiting here for years"..of course they spoke English very well coz they went to international school, communicate only in English as if they are native speakers..tho im future English teacher, i have to admit that im not that comfortable to communicate in English hehehe..

enough of that, korang ingt tak sejarah bermulanya aidiladha ni? tak brape ingat kan? meh sini kite imbas balik, ni copy paste je..berkongsi maklumat and refresh balik ilmu yang kita mungkin dah lupa..

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar
.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya
.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Sepeninggalan Nabi Ibrahim, iaitu sejak Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh baginda, dia sentiasa menangis. Fikirannya bertambah runsing disebabkan diganggu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya
.
Pada suatu hari, dari jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuhi-muji nama Allah, semakin lama semakin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar kenali bahawa suara itu adalah suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim.

Maka dengan segera dia pergi mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telab memberi kekuatan kepadanya sehingga dia sanggup membenarkan anaknya untuk disembelih.
Siti Hajar menangis bukanlah disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim tetapi hanyalah menangis seorang ibu terhadap anaknya memandangkan dia adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan
.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

Sekali lagi, selamat hari raye aidiladha semua

Tuesday, November 16, 2010

my first time

i'm actually have no intent to create a blog, coz i'm not a good writer..but i can't denied my interest on reading blogs. Most of my friends have their own blog and i felt relieved by knowing hows their life eventho we are far apart esspecially after our convocation day. i miss them so much, and now i try to have my own blog coz my friend said:"if you want to be a follower, you must have your own blog"..i guess now i'm officially a blogger? do i?