Thursday, December 23, 2010

2 BuLaN Di BrUnEi

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..rasa bersyukur yang tidak terhingga tatkala melihat keputusan temuduga KPM. Wah berjaya jua..ingatkan tak lepas..hehehe..perasaan yang sukar digambarkan..mungkin pada orang lain keputusan itu tidak menghairankan, tapi pada aku..keputusan itu amat berharga dan bermakna..means boleh kumpul wit nk kawen..hahaha..bukan laaa..setelah sekian lama menunggu, saat untuk membalas jasa mereka yang melahirkan ku..membesarkan serta memberi kasih sayang..Jikalau tiada ayah dan ibu, maka tidak lahir aku ke dunia ini..jika mereka terlalu memanjakan aku, maka tidaklah aku mampu berdiri di atas kaki sendiri..shortform die berdikari..hehehe..Dah tahu keputusan ni..maka berebut la cari tiket flight nak balik Malaysia tanah darah tumpah..lame-lame kat cni, boleh lupa diri..huhuhu..Sempena nak balik ni, ku kongsi ckit-ckit citer negara kaye-raye bernama Brunei Darussalam ni..

Kat cni udara memang nyaman, sebab masih banyak tumbuh2an hijau..yela, rakyat 300ribu lebih je..buat bangunan banyak2 nk buat ape..cam main cityville kat facebook tu..kena fikir baik dan buruknye..ye tak? yang menariknya kat cni bekalan air, api, gas (termasuk gas memasak) adalah free.. Malah kerajaan membina rumah2 untuk dihadiahkan kepada rakyat2..dengan geran2 tanah skali tau..best kan? nak blaja pun free..kalau kite kat tempat lain akan kate "nk gi tandas pun bayar tau" tp kat cni smua free..free..free..



3 buah rmh ni cth rmh2 pkerja shell brunei..ikut saiz keluarga la
Kt Malaysia ada PMR SPM dll, kat cni masih guna A-level, O-level dll..papers mark in United Kingdom tu..hntr nek flight..huhuhu..y best tu ade subjek "Pendidikan PENCEGAHAN RASUAH"..mmg bgus la subjek ni diajar & agak berkesan la pada penduduknya..mane taknye, hari sabtu lepas kami kene speedtrack limit 110..tlebih jd 123..hehehe..pastu kene bayar RB50 tunai, bayar kt ctu trus tau..makcik ku pun cakap la "blh diskaun tak encik? hehehe" polis trafic tu jawab "kat Malaysia kena RM300 kan?" pastu die senyum2 blah gitu jer..suh mkcik turun kete, byar kt kaunter polis tepi jln tu (meja biase je)..

Buku Teks..tgk la tajuk buku..
Kat cni smua papan tanda kedai wajib ditranslate ke huruf jawi..mula2 baca mmg gelak sakan..tp lame2 dah biase dah tgk..hehehe..
pondok pizza ye tuan2 puan2
nenek ku kate the pis shop..huhuhu

Klu gi Brunei, org sibuk bercerita berkenaan masjid berkhubah emas..ada 2 yg popular Masjid Omar 'Ali Saifuddien dan Masjid Jamek Asri...org kate,masjid 'ali masjid ayah yg bina & masjid asri masjid anak yg bina..Wallahua'lam..yg pasti dalam masjid takleh ambik gambar ye..kt luar aje..pakcik ku siap kene delete semua gambar2 dalam masjid depan pak guard tu jugak..check my fb, tuk pictures len..hehehe..
Masjid Omar 'Ali Saifuddien
Masjid Jamek Asri









Klu di Malaysia, pelantar minyak & gas hanya di lautan kan? kt cni atas tanah pun ade..di Miri pun ada sebab Miri paling dekat dengan Brunei..tp kt Miri tak byk macam Brunei..walaupun klu kita teliti balik sejarah penemuan gas & minyak (petroleum) dalam tanah ni adalah di Miri..hmmm..
"Nodding Donkey"..ni la pam gas daratan..hehehe


Last but not least, sekaya, secantik, segemilang mana pun Brunei..Brunei tetap ada kelemahannya..Brunei tidak mempunyai produk sendiri selain daripada petroleum..Malahan, jika kita merayau ke mana2 pun yang kita temui adalah rakyat asing..waima pekerja2 di shopping complex/supermarket/penyelenggara/guard semuanya warga asing jua..boleh dikatakan rakyat Brunei bekerja dalam sektor kerajaan..Setiap hujung minggu sempadan negara mengalami kesesakkan lalu lintas..rakyat Brunei lebih suka berbelanja di Malaysia kerana nilai matawang yang sangat berbeza..hehehe..

Rakyat Malaysia spatutnya berbangga walaupun kita bukan negara yang kaya, tetapi kita ada produk sendiri..ibarat cerita sahabat makcik ku yang juga Malaysian, rakan ofis mereka menolak mentah2 barangan buatan Malaysia kerana dikatakan tidak berkualiti, tetapi bila ditanya apa barangan kluaran Brunei..maka beliau mendiamkan diri..Siapa kata barangan Malaysia tidak berkuali dan tak bagus..semua playground di Brunei yg telah diri ini kunjungi adalah buatan MALAYSIA tau..terang2 kt tayar buaian/hayunan tu tertulis dgn besarnya.. "made in malaysia"...waaaaaaaaa..im proud to be a Malaysian..hehehe

Sekian wassalam

Monday, December 13, 2010

Sekiranya Dia Bukan Milikku...

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah Engkau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Tuhanku
Seiringkanlah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin..

Thursday, December 9, 2010

Salam? Assalamualaikum?

Rasenye masih belum terlalu lewat nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 1432Hijrah. Semoga kita semua dapat berhijrah ke arah lebih baik dari sebelumnya samada dari segi zahir dan batin..Diri ini juga sedang memperbaiki diri yang serba pincang..perlu mengawal kata2 dan emosi terutamanya..insyaAllah..

Sempat melawat blog-blog dan facebook rakan. Terjumpa pula salah satu tajuk yang menarik perhatian, apabila perkara ini sering dilakukan oleh kita sekalian umat Islam. Maka saya copy paste sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri jua.


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"???????? apa maksudnya???
by Realiti Alam Perkahwinan on Tuesday, November 30, 2010 at 5:24pm


Maka berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salamun (salam sebagai selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89 / Az-Zukruf 89)

السلاما=keamanan.....

baik gunakan..
ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
 
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan memberi salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”
dan bukannya ;         
“WAALAI KUM SALAM”

Begitu juga ucapan Salam Nabi Ibrahim kepada bapanya Azar (pembuat berhala), ketika baginda meninggalkannya dengan menggunakan istilah SALAMUN 'ALAIKA (salam ke atasmu):

Berkata Nabi Ibrahim: "Salam (selamat tinggal) ke atasmu, aku akan meminta ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku. Dan aku akan menjauhkan diri daripadamu dan dari apa yang kamu seru selain Allah, dan aku akan berdo’a kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdo’a kepada Tuhanku". (Maryam, 47-48)


Ucapan Salam (Sejahtera/Selamat) juga disebut dalam beberapa tempat dalam Al-Quran antaranya:

Dan sesungguhnya telah datang utusan-utusan (malaikat) kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa khabar berita gembira, mereka mengucapkan salam (kalimah "salaman" = salam / sejahtera). Nabi Ibrahim menjawab salam (kalimah "salamun" = salam / sejahtera). Maka tidak lama kemudian, dia membawa jamuan untuk mereka seekor anak lembu yang dipanggang. (Hud, 69)


Dalam ayat yang lain, tentang penghuni Syurga mengucapkan salam kepada sesama mereka:

Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam-salam (kalimah "salaman-salaman"). (Al-Waqi'ah, 25-26)

   
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada .... ye”
Dan bukannya : 
“Kirim salam kat .... yer”


 
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.  Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.


Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.


Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”

Wallahu a'lam, semoga ada manfaatnya.

Wednesday, November 17, 2010

SeLaMat HaRi RaYa AiDiLaDHa

kaum adam solat zohor selepas makan..

Raye kat Brunei, situasi raya di sini hampir sama macam kite raye kat luar negara lain..berkumpul sesama rakyat Malaysia dan sama-sama menyambut hari raya qurban, bergotong-royong memasak,makan,mengemas dan sebagainya. Di masjid, kita boleh tengok banyak binatang-binatang ternakan yang disembelih untuk qurban sama la macam Malaysia kan? bezanya di sini, daging-dagiang tersebut disimpan terus ke dalam peti ais besar dan terus diterbangkan ke negara-negara Islam yang miskin seperti Kemboja, Iraq dan sebagainya. Kat Malaysia pun ade jugak tapi tak banyak.

Seorang rakan makcik ku sempat bertanya dengan seorang ustaz yang mengajar tafsir al-quran (di kalangan rakyat Malaysia, berkumpul setiap sabtu malam ahad, bergilir-gilir rumah) "macammana nak dapat afdalnya qurban tu?" ustaz tu jawab: "Berikan kepada yang betul-betul memerlukan seperti orang miskin"..Beliau juga menerangkan pahala kita memberi daging kepada jiran-jiran yang berkemampuan, pahalanya akan lebih kepada hadiah" wallahualam..

wife2 yang bz bungkus makanan nk bwk blik rmh
Lepas makan ketupat, laksa segala..sorang makcik hulur 2 kotak aiskrim: "can you help me distributes these". saye angguk je la..hehehe..scope aiskrim letak kat cone then bagi kat anak-anak yang ada kat situ..everyone spoke english to me.."me first" "queue2" "me after damia" "first come first serve" "i've waiting here for years"..of course they spoke English very well coz they went to international school, communicate only in English as if they are native speakers..tho im future English teacher, i have to admit that im not that comfortable to communicate in English hehehe..

enough of that, korang ingt tak sejarah bermulanya aidiladha ni? tak brape ingat kan? meh sini kite imbas balik, ni copy paste je..berkongsi maklumat and refresh balik ilmu yang kita mungkin dah lupa..

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar
.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya
.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Sepeninggalan Nabi Ibrahim, iaitu sejak Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh baginda, dia sentiasa menangis. Fikirannya bertambah runsing disebabkan diganggu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya
.
Pada suatu hari, dari jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuhi-muji nama Allah, semakin lama semakin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar kenali bahawa suara itu adalah suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim.

Maka dengan segera dia pergi mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telab memberi kekuatan kepadanya sehingga dia sanggup membenarkan anaknya untuk disembelih.
Siti Hajar menangis bukanlah disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim tetapi hanyalah menangis seorang ibu terhadap anaknya memandangkan dia adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan
.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

Sekali lagi, selamat hari raye aidiladha semua

Tuesday, November 16, 2010

my first time

i'm actually have no intent to create a blog, coz i'm not a good writer..but i can't denied my interest on reading blogs. Most of my friends have their own blog and i felt relieved by knowing hows their life eventho we are far apart esspecially after our convocation day. i miss them so much, and now i try to have my own blog coz my friend said:"if you want to be a follower, you must have your own blog"..i guess now i'm officially a blogger? do i?